Monday, February 22, 2016

HANTARAN PERKHAWINAN SEPUPU

               Kedengaran bunyi kereta berhenti di depan rumah, Assalamualaikum !!! Mak long... ohhhh ...Mak long ada rumah tak?... rupanya sepupu sebelah ayah datang ke rumah. serius mukanya. mesti ada benda yang dia nak...selepas bersalam-salaman  , aku pun masuk ke bilik meneruskan kerja ku yang tergendala.
..........

Mak long!!!.. nak mintak tolong buatkan hantaran boleh tak? kata sepupu ku

Bolehhhh ! (dengan penuh yakin menjawab ).. Bila majlisnya...? Bila Nak guna....?

HUHUHUHU. berdesing telinga bila dengar mak aku bagi jawapan.... kenapa?... mesti lah aku juga yang kena buat hantaran tu.. penatnya.. mesti bilik bersepah lagi.. adoiiiii haiii.


Fiz bukan jenis suka buat kerja duduk yang terlalu lama atau benda yang sama. So... Bila buat hantaran , banyak benda kena fikir dan kena kreatif.. Lagi satu dulang hantaran tak ada, nak beli mahal walaupun ada yang murah... so kena guna "polistren" sebagai dulang hantaran...lecehnya..

Akhirnya siap walau pun merungut .. tapi buat juga dengan penuh keiklasan ( ceh ... ayat poyo) 

bawah ni gambar yang hampir siap.. buat biasa sahaja. dan menjimatkan...


Tema "colour" silver, merah dan gold..

Guna kain satin warna silver .7 dulang hanya guna 3 meter kain.


Sirih junjung yang tak berapa nak junjung. HAHaaaa.




 Itu sahaja yang sempat ku buat,, malam ni sambung yang mana patut.. esok sepupu dah datang ambil. harap dia puas hati ....


No comments:

Post a Comment