Tuesday, February 23, 2016

Raver vs Hipster

http://mole.my/wp-content/uploads/2016/02/12733567_486598668199175_4177231810490135114_n1.jpg
GAMBAR TAK BERKAITAN.... SAJE JE


               Sekarang di facebook trading video perempuan menari raver... tergeliat otot mata ni tengok video tu, ingatkan tarian zapin.... tergeliat macam cacing kepananasan...hahaha...... mungkin pemikiran tidak sama .. ialah dah tua rasanya. budak - budak sukalah ..kan.?

........
apa - apa pun , setiap budaya ada positif dan negatif..... so  pandai - pandai lah bawak diri masing - masing.. Asalkan tidak terpesong akidah sudah..

so tarian Raver tu ok ke?

Tepu dada tanya selera (terasa pulak nak makan nasi ayam gemas... hehehe) cuma. budak perempuan dalam video tu dah besar .. cucu pun tengok... apa perasaan yeee. ermmm...

Bawah ni ada maksud Raver & Hipster sumber dari Astro Awani.....copy bulat-bulat... malas nak taip.. bye...

http://www.astroawani.com/gaya-hidup/raver-vs-hipster-apa-dan-siapa-mereka-95812

 
RAVER

1. Berasal daripada perkataan rave, yang dari segi bahasanya membawa maksud percakapan yang merepek, meracau atau menggambarkan keghairahan dan keterujaan ketika memperkatakan tentang sesuatu.

2. Namun dari segi istilah, Rave adalah akronim Radical Audio Visual Experience, yang mula diperkenalkan di Chicago, Amerika Syarikat pada tahun 1980.

3. Budaya atau idealogi rave merangkumi jenis muzik yang berentak rancak (kebiasaannya muzik elektronik bersama DJ) dan budaya berparti serta bersuka-ria hingga ke awal pagi.

4. Rave, ketika di era 80an dan 90an, diklasifikasikan sebagai satu bentuk hiburan yang menyalahi undang-undang di banyak negara. Ini kerana, kebanyakan aktiviti yang dianjurkan melibatkan penyalahgunaan dadah.

5. Lokasi parti rave biasanya dirahsiakan sehinggalah pada hari ia berlangsung.

6. Inspirasi tarian rave adalah bebas, di mana penari perlu menghayati muzik yang dimainkan dan menggerakkan badan mengikut cara masing-masing.

7. Dari segi pemakaian, gaya pakaian longgar, kasual dan sporty antara yang menjadi pilihan. Di sesetengah lokasi konsert rave, syarat lebih ketat dikenakan dengan hanya pakaian berwarna hitam dibenarkan.

HIPSTER

1. Satu budaya yang sudah wujud sejak tahun 1990an namun hanya mula mendapat perhatian sekitar pasca 2010.
2. Dalam bahasa mudah, Hipster adalah golongan dalam kelas ekonomi pertengahan yang memilih untuk hidup mewah.

3. Ia merangkumi gaya pemakaian, tempat makan dan dengan siapa mereka bergaul.

4. Golongan ini juga dikenali dengan kegemaran 'unik' mereka. Mereka kebiasaannya akan memilih sesuatu yang lain dari yang lain, yang tidak akan dipilih oleh orang biasa.

5. Seperti juga Raver, Hipster punya corak muzik dan gaya tarian tersendiri. Namun ia bukan ciri penting mereka kerana Hipster lebih mementingkan soal gaya dan fesyen.

6. Hipster selalunya akan menonton filem yang tidak akan ditonton orang lain, dan mendengar muzik yang tidak akan menjadi pilihan masyarakat mainstream.













Monday, February 22, 2016

HANTARAN PERKHAWINAN SEPUPU

               Kedengaran bunyi kereta berhenti di depan rumah, Assalamualaikum !!! Mak long... ohhhh ...Mak long ada rumah tak?... rupanya sepupu sebelah ayah datang ke rumah. serius mukanya. mesti ada benda yang dia nak...selepas bersalam-salaman  , aku pun masuk ke bilik meneruskan kerja ku yang tergendala.
..........

Mak long!!!.. nak mintak tolong buatkan hantaran boleh tak? kata sepupu ku

Bolehhhh ! (dengan penuh yakin menjawab ).. Bila majlisnya...? Bila Nak guna....?

HUHUHUHU. berdesing telinga bila dengar mak aku bagi jawapan.... kenapa?... mesti lah aku juga yang kena buat hantaran tu.. penatnya.. mesti bilik bersepah lagi.. adoiiiii haiii.


Fiz bukan jenis suka buat kerja duduk yang terlalu lama atau benda yang sama. So... Bila buat hantaran , banyak benda kena fikir dan kena kreatif.. Lagi satu dulang hantaran tak ada, nak beli mahal walaupun ada yang murah... so kena guna "polistren" sebagai dulang hantaran...lecehnya..

Akhirnya siap walau pun merungut .. tapi buat juga dengan penuh keiklasan ( ceh ... ayat poyo) 

bawah ni gambar yang hampir siap.. buat biasa sahaja. dan menjimatkan...


Tema "colour" silver, merah dan gold..

Guna kain satin warna silver .7 dulang hanya guna 3 meter kain.


Sirih junjung yang tak berapa nak junjung. HAHaaaa.




 Itu sahaja yang sempat ku buat,, malam ni sambung yang mana patut.. esok sepupu dah datang ambil. harap dia puas hati ....


Sunday, February 21, 2016

MEDAN IKAN BAKAR PARAMESWARA UMBAI MELAKA

IKAN BAKAR PARAMESWARA UMBAI.


Lepas balik kerja terus ke umbai untuk makan ikan bakar, sebenarnya malas nak makan, takut gemuk..Tapi mengenangkan bos nak belanja ,kasi layan jelah..

jika dari MUAR lebih kurang 35 km, 1 jam jika jalan tak sesak.. nak senang ikut Jambatan baru Muar.

ini lah barisan sedang kekenyangan...

ikan bakar yang sangat sedap...

lepas makan selfie le.. hehehe




 Makanannya puas hati dan tempatnya pun sangat bersih. layanan pun ok...cuma kalau boleh jangan pergi masa cuti sekolah..nak pergi boleh juga cuma nak tunggu tempat kosong berjangut lah . hahaha

apa - apa pun terima kasih en Arifin Bin Abu Bakar (Tim. Pengetua HEP) belanja makan. hehehe lepas ni jangan paksa makan lagi ye.. gemuk dibuatnya. hahahabye.