Wednesday, January 13, 2016

Sejuk!!!!!walau sekejap



 Selepas solat magrib,terus pegang handphone.....Macam biasalah tengok facebook, intagram, twitter, weechat dan banyak lagi lah. Padahal bukan update apa pun ,just stalking orang lain hehehe. Saje je mana tahu dapat ilmu dari orang lain (ilmu lah sangat).tengah asyik membelek facebook, tetiba bunyi yang sangat dirindui ada kat luar umah. Rentak yang mengasikkan sehingga mata layu rasa mengantuk.Bunyi seperti air terjun ,tapi hanya 10 minit sahaja. Apa -apa pun bersyukurlah. Susah nak dapat tu. Nak tahu tak apa dia. Rasanya semua orang tau benda ni...pikirlah sendiri .jangan jadi malas ye. Wekkkkk!





Tuesday, January 12, 2016

VIDEO TRADING HUhuhuhuhu

                   Hari ni buka facebook  macam biasa.Fiz suka buka video. Banyak juga video yang menarik di Facebook.Scroll punya scroll jumpa video rancagan tv arab (Voice of arab) untuk kanak - kanak.  Play je video tu terus hujan turun tak berhenti. sangat syadu. huhuhu

https://www.youtube.com/watch?v=X2YZQkw5ibU

                  Anak kecil dari Syria, Ghana Bu Hamdan menyanyikan lagu أعطونا الطفولة (berikan kami hak kanak-kanak) dalam rancangan The Voice Kids Arabia. Lagu yang mengharapkan sebuah kedamaian! Tapi dekat malaysia ramai yang masih tidak bersyukur. Erm sekarang pun rasa tidak sama seperti ketika dulu. tenungkan lah.....bersama-sama.

Kepanasan





               Jam menunjukkan pukul 6.30 petang.Masuk je rumah terus rasa bahang kepanasan.Rasa nak keluar dan terus pergi kedai nak beli aircon.Tapi bila pikir balik dekat Afrika lagi panas.Kering kontang lagi. Boleh je hidup. Ni baru panas kat dunia belum lagi dekat Akhirat.Insaf sekejap.huhuhu
               Masuk tahun 2016 cuaca beralih arah.Dapat laporan dari kaji cuaca mengatakan musim panas akan melanda malaysia sehingga bulan Mac. Lamaaaaanya, tak tertanggung rasanya.Bilik fiz ni memang panas yang amat.Buka kipas pun rasa panas. Mula lah tanggan ni mengoogle cara nak dapat sejuk selain guna aircon.Tak sejuk macam aircon pun tak pe. just untuk rasa nyaman dan selesa untuk tido.



biasanya exhaust fan ni pasang kat dapur!!!

              Akhirnya buat keputusan nak pasang exhaust fan.Rumah kawan ada pasang benda ni, dia kata boleh kurang kan panas.Fungsi exhaust fan ni untuk tarik udara panas yang terperangkap dalam bilik.So bilik pun sejuk dan nyaman. agaknya lah. biar fiz pasang dulu pastu rasanya sendiri baru tahu kan..

             Ada satu alat yang kebiasanya ada di kilang atau rumah besar. Rupa macam kuh pau....(ia je macam kuih pau)..fungsinya untuk tarik udara panas di dalam bumbung.Namanya tak silap turbine vertilator ?.Harga nya pun mahal .14 inci dah RM 300 termasuk upah.Tu baru satu, tak cukup nak tarik udara panas dalam bumbung.Sekurangnya 4 lah kot. Baru sejuk rumah.



Turbine Ventilator


Kita cuba dulu sebelum guna aircon.hehehhe( dasar kedekut punya pasal)..


Friday, January 1, 2016

Kembara Nusantara Tanjung Pinang


Sambungan .....(Tanjung Pinang Hari kedua dan hari terakhir)
Tuuu lah siput gonggong.sedap bangat..mula mula tu geli jugak nak makan ..rupa lebih kurang dengan siput babi kan.. ermm.
Gambar ni tersesat lak. masa waktu pergi.feri ni boleh naik atas untuk tengok laut. kalau feri langkawi tak ada macam ni.perjalanan lebih kurang 2 jam lebih. masa waktu balik laut tengah bergelora.tapi seronok bot tu terumbang-ambing...barulah mencabar katanya...




Kembara Nusantara Tanjung Pinang 1



Ermmmm...tahun 2016...???????
tapi nak cerita pasal tarikh 05 disember 2015 hingga 07 disember 2015.Siapa nak tahu?...jeng..jeng.jengg
tak ada yang special pun cuba tarikh tersebut buat kali pertama menjejak kaki ke Indonesia...hehehehe
Bandung?......Jakarta?.......Lombok?.. ke Bali?...semuanya bukan hahahaha..jawapannya adalah ke TANJUNG PINANG..

Kedudukan Tanjung pinang berada di Pulau Bintan.Senang cerita berdekatan dengan Singapura...Paling senang nak tengok gunalah pak cik google tu ye...

Fiz jadi ketua rombongan staf MRSM Muar seramai 14 orang semuanya. ..sebenarnya ini kali pertama buat rombongan ...takut juga ,macam-macam cerita pernah dengar....seram lah juga . apa -apa pun atas permintaan ramai berjayalah juga pergi melancong ke tanjung pinang (dah selamat balik pun...ermmm)..upssss lupa nak beritau..fiz guna ajen pelancongan Riodenaz Enterprise (namanya adam) murah dan berbaloi ye...

Hari Pertama bergerak dari Stulang Laut di Johor..bergerak dari muar .awal pagi dah bangun sebab kena gerak kul 5.00 am....tiket feri 9.00 am ...nak melancong punya pasal hahaha. di bawah ni gambar hari pertama ke pulau penyengat. Malas nak taip panjang so biar gambar yang berbicara..


baju hijau tu kepenatan..duduk dalam van 2 jam nak ke tanjung uban...sampai tergaga mulut tido hehehe(bos jangan marah ye)


bukan kat Pulau Pinang je ada gambar kat dinding. Kat Tanjung Pinang pun ada, tapi tak banyak lah macam kat penang tu.

sotong masak hitam. sedap ... tapi tengok macam pelik! ingat guna kicap rupanya dakwat....huhuhu (katak bawah tempurung kelapa)

Masjid yang diperbuat guna telur...ermm kagum!!!!





bergambar dulu sebelum naik feri(belum sampai indonesia dah ada orang cakap indo sape lah tu?? sape makan cili dia rasa pedas.)




Tahun Baru 2016









Alhamdullilah..... selamat tahu baru..!! walaupun azam tahun 2015 belum sepenuhnya terlaksana tapi akan   di bawak ke tahun 2016 dan menambah azam yang baru hehehe...Macam penyata akaun pulak boleh carry forward. Apa pun azam tahun lepas untuk memiliki blog pun telah terlaksana. walaupun nampak biasa je tapi bermakna bagi fiz.hehehe

Nak pergi melaka tengok bunga api.....!!! tapi malas yang amat... mesti jalan jem dengan orang ramai. tak pelah sambut kat rumah pastu buka youtube tengok bunga api. hehehe lagi senang duit pun tak keluar...(nampak sangat kedekut...duit aku suka hati aku lerrrrr)...


Apa pun ikut korang lah nak sambut tahun baru ikut kreativiti memasing asalkan tidak menyalahi undang-undang dan agama..so fiz ucapan SELAMAT TAHUN BARU kepada semua orang di muka bumi ini...
peace yo.....(lambat wish..hehehe laptop buat hal....agaknya tahun baru nak laptop baru ni.aduiiiiii hai.)